Thursday, December 14, 2017

Tips Mudah Baca Al-Kahfi

Assalamualaikum semua,

Esok hari Jumaat kan? Salah satu sunnah hari Jumaat apa dia? Betul tu, baca surah Al-Kahfi. Jadi kali ni kita akan share cara mudah baca Surah Al-Kahfi.

Surah ni ada 110 ayat dan lebih kurang 12 mukasurat. Ada jenis lancar, 12 pages tu sekejap ja boleh habis. Tapi ada yang masih bertatih, kena berkejar buat itu ini. Pendek kata sedikit sukar nak habiskan 1 surah sekaligus.

Okay, korang boleh buat macam ni.
Lepas maghrib=baca 22 ayat
Lepas Isya=baca 22 ayat
Lepas Subuh=baca 22 ayat
Lepas Zohor=baca 22 ayat
Lepas Asr=baca 22 ayat

Cukup 110 ayat. Lebih mudah. Sebab lain orang lain situasi kan. 😀

Jom cuba praktikkan.

#sehari1tips
#TipsMaryJardin

No comments:

Post a Comment