Saturday, December 30, 2017

Product Review: Portable Mini Studio

Assalamualaikum and evening guys,

Petang ni FS rasa terpanggil untuk buat product review pasal benda apa FS borong waktu Online Revolution 12.12 yang lepas. Biarlah dah basi pun FS cerita juga. Haha.

Ceritanya bukan apa, sebelum 12.12 kan ada promosi 11.11. Tapi ditakdirkan FS terlepas promosi 11.11 tu jadi itulah lain macam shopping bila tau ada lagi promosi besar-besaran.

Memang saja duk belek phone check flash sale. Haha. Duk seorang macam shoppaholic asyik add items masuk cart. Nasib baik baik tidak la sampai licin duit dalam akaun.

Second batch parcel 😂

Jadi tengah berseronok membeli tu daku teringat eh apa kata cari Mini Studio kat Shopee (FS beralih ke Shopee sebab macam lagi best). And jumpa, ada 50% diskaun pulak tu.

Tapi sebab FS ni seorang purple brain, maka FS baca review one by one. Semua puas hati. Ada pulak satu review tu kata "The best thing I ever bought in year 2017." Memang menghasut sangat.

Bila dapat FS pun excited la photoshoot. Cabut bunga entah-siapa-punya buat jadi prop. Seriously I tell you, memang puas hati. Even the shadow not too sharp.

Saiz S (22x23x26)

My fav. I don't really like the black background 

LED light 

Set includes 2 non reflective background fabric, USB & the box


FS beli saiz S. Ada saiz M dan L juga. Harga asal RM39+ tapi sebab ada diskaun 50% tinggallah RM19++. FS siap grab 2 set tau. Tapi actually menyesal beli saiz kecik sebab terhad sikit.

Tengoklah gambar hasil keterujaan kat bawah ni. Amatur, sila jangan kutuk. Hahaha












So untuk this Portable Mini Studio FS bagi ✋ ★★★★★.

Thursday, December 28, 2017

Segment: Increase Your Followers by Que

Assalamualaikum,

Dengan ucapan Bismillah. FS join Segment: Increase Your Followers by Que.

Sejak buat blog baru ni pertama kali FS join segment. Masa dolu-dolu rajin la juga join segment ni. Tapi itulah blog yang itu dah berkubur.

Jom ramai-ramai join!



         ID: 7265535507761254633

Wednesday, December 20, 2017

Tutorial Buat Sticker Untuk Telegram

Assalamualaikum,

Hai terlebih rajin nampaknya hari ni. Sampai 2 entry kita tulis. Alhamdulillah ada kelapangan & idea ni kita tulis la. Ye dok?



Pernah nampak orang send macam ni kat Telegram? Siapa yang rajin guna Telegram mesti tau kan.

Ni la namanya sticker. Sticker ni Telegram memang ada sediakan, tapi kurang menariklah.

Kalau kita boleh buat sticker sendiri kan lagi best. Baru kebaboom!

Tambah pulak macam Mary Jardin ni selalu buat public sharing. Jadi bila kita selit sticker muka kita sendiri pose dengan produk agaknya apa impression orang lain?

Mesti nampak WOW! Lain dari yang lain.

So meh kita belajar macam mana buat sticker biar orang WOW kat kita.

Sebelum tu, kalau buat kat komputer actually lagi senang. Tapi tutorial ni guna fon ja (malas transfer pi laptop).

Cara sediakan sticker:
1)Pilih gambar yang awak rasa paling cun, cantik, clear, WOW

2)Buang background gambar. Boleh baca caranya kat Tutorial Free Crop

3)Buka draw di PicsArt, then pilih Create New.






Dekat saiz kanvas bahagian atas tu slide ke kiri. Belah kanan hujung akan ada saiz custom. Set kan saiz jadi 512x512. Jangan lebih, ni saiz yang Telegram minta.



4)Ok sekarang tekan (1), tekan (2) dan delete. Kita delete layer yang warna putih, tinggalkan layer transparent. Tekan (3), pilih sticker.




5)Cari balik sticker yang korang saved. Adjust la, jangan besar sangat sebab nanti takut fail terlebih saiz max 512kb.

6)Save!

Cara upload sticker ke Telegram:

1)Tekan Sticker  link ni akan bawa ke Telegram. 

2)Bot akan bagitau cara step by step. Tapi saya ajar juga la in case confuse. 

3)First type /newpack

4)Dia suruh bagi nama pilih la yang sesuai.

5)Then upload file. Jangan upload as photo tapi sebagai file (uncompressed)

6)Kemudian pilih la emoji mana yang sesuai dengan sticker cun awak tu.

7)Kalau nak letak banyak-banyak sticker ulang la dari awal. Bila siap sticker pack tu taip /publish.

8)Then bagi nama pack tu. Telegram akan create link & you can share your sticker with friends.

9)DONE! 

Rasa best ka tutorial ni? Jangan gian main sticker pulak lepas ni ya. Hihi.

Support sikit kat bawah ni, tinggal komen ka. Sangat dihargai.

Cara Mudah & Percuma Kumpul Airasia BIG Point

Assalamualaikum semua,

Pagi ni tengah free jadi kita share entry baru.

Okay, siapa tahu or pernah dengar pasal Airasia BIG Loyalty Program? Basically program ni tujuannya untuk reward customer yang memilih untuk terbang bersama AirAsia.

Macam mana? Caranya first kita kena register jadi member di AirAsia BIG. Kiranya buka akaun la.

Jadi setiap kali kita fly dengan AA, depa akan bagi points. Dan points ni depends on jarak perjalanan kita.

Dan kita boleh redeem point ni balik. Contohnya untuk beli tiket flight next time.

Bijak kan? Depa reward customer tapi dalam masa yang sama depa nak kita fly lagi dengan depa.

Ok Loyalty Program tu sebenarnya cara yang agak lambat untuk kumpul point. Jadi saya akan cerita macam mana boleh dapat 2, 500 point dengan mudah.

Caranya ialah dengan register di YouGov dan jawab survey.

Tips cepat kumpul point mudah saja, rajin-rajin jawab survey tu terutamanya yang panjang. Sebab point yang dibagi berdasarkan panjang survey juga. 

Lagi satu subscribe la jadi setiap kali ada survey yang baru untuk awak dia akan hantar email. Cepat-cepat jawab, selalunya ada survey tu akan unavailable kalau lambat jawab. 

Last one, dekat bahagian Survey Frequency tu please put as often as possible. Bolot semua survey tu hahaha. 

Mudah kan? So lepas ni boleh kumpul point banyak-banyak & pergi melancong percuma. 

Ada lagi cara lain untuk dapat point BIG ni tapi mostly korang kena keluarkan duit. That's why I recommend this to you. Cuma perlukan sedikit masa & sambungan internet. 

Anything you want to ask boleh tanya kat bawah 👇

Till next time 😉

Monday, December 18, 2017

Tutorial Edit Doodle Di PicsArt

Assalamualaikum,

Haritu kita belajar macam mana free crop gambar kan. Dan saved gambar sebagai format PNG.

Kali ni kita belajar pulak macam mana untuk edit gambar jadi macam ni.



Comel? Hihi. Ehem disclaimer doodle tu isn't mine. Zaman mendoodle di komputer sudah lama berakhir bagi saya. Ohoi.

Untuk edit jadi macam ni, yang penting kena tahu free crop dulu & kreativiti tu bergantunglah. Boleh baca macam mana free crop objek di Tutorial Free Crop



Okay first free crop bahagian kasut dalam gambar ni. Kalau rajin buat la tangan tu sekali, tapi I is malas so biar ja and not bad la hasilnya. Haha.

Actually kan lepas tekan save time free crop tu, PicsArt akan simpan as sticker. So no need to save dekat gallery.

Untuk gambar items MJ tu ada orang baik hati share the PNG version. So jimat masa & tenaga I.  Macam tu la geng ejen MJ ni baik hati bantu membantu.

Then buka draw, buat macam biasa dan ikut arahan dalam gambar.


Tekan (1) dan (2), lepas tu pilih empty layer. Lepas tu tekan (3) dan pilih photos. Tepek la gambar doodle tu dulu. Pastikan doodle di layer baru tadi ok.


Then buat empty layer baru sama macam tadi untuk setiap gambar yang kita letak tu. Pasal? Mudahkan kita kalau delete, other objects will stay unaffected.



Ulang langkah gambar sebelum ni, tapi sekarang tekan (3) dan pilih sticker. Cari gambar kasut yang saved tadi and adjust biar overlap. Adjust sampai dapat ok.

Lepas tu tadaaa siap!



Yang ni hasil penuh, letak quote sebab guna untuk post instagram. 

Thursday, December 14, 2017

Tips Mudah Baca Al-Kahfi

Assalamualaikum semua,

Esok hari Jumaat kan? Salah satu sunnah hari Jumaat apa dia? Betul tu, baca surah Al-Kahfi. Jadi kali ni kita akan share cara mudah baca Surah Al-Kahfi.

Surah ni ada 110 ayat dan lebih kurang 12 mukasurat. Ada jenis lancar, 12 pages tu sekejap ja boleh habis. Tapi ada yang masih bertatih, kena berkejar buat itu ini. Pendek kata sedikit sukar nak habiskan 1 surah sekaligus.

Okay, korang boleh buat macam ni.
Lepas maghrib=baca 22 ayat
Lepas Isya=baca 22 ayat
Lepas Subuh=baca 22 ayat
Lepas Zohor=baca 22 ayat
Lepas Asr=baca 22 ayat

Cukup 110 ayat. Lebih mudah. Sebab lain orang lain situasi kan. 😀

Jom cuba praktikkan.

#sehari1tips
#TipsMaryJardin