Petang ni FS rasa terpanggil untuk buat product review pasal benda apa FS borong waktu Online Revolution 12.12 yang lepas. Biarlah dah basi pun FS cerita juga. Haha.
Ceritanya bukan apa, sebelum 12.12 kan ada promosi 11.11. Tapi ditakdirkan FS terlepas promosi 11.11 tu jadi itulah lain macam shopping bila tau ada lagi promosi besar-besaran.
Memang saja duk belek phone check flash sale. Haha. Duk seorang macam shoppaholic asyik add items masuk cart. Nasib baik baik tidak la sampai licin duit dalam akaun.
![]() |
Second batch parcel 😂 |
Jadi tengah berseronok membeli tu daku teringat eh apa kata cari Mini Studio kat Shopee (FS beralih ke Shopee sebab macam lagi best). And jumpa, ada 50% diskaun pulak tu.
Tapi sebab FS ni seorang purple brain, maka FS baca review one by one. Semua puas hati. Ada pulak satu review tu kata "The best thing I ever bought in year 2017." Memang menghasut sangat.
Bila dapat FS pun excited la photoshoot. Cabut bunga entah-siapa-punya buat jadi prop. Seriously I tell you, memang puas hati. Even the shadow not too sharp.
![]() |
Saiz S (22x23x26) |
![]() |
My fav. I don't really like the black background |
![]() |
LED light |
![]() |
Set includes 2 non reflective background fabric, USB & the box |
FS beli saiz S. Ada saiz M dan L juga. Harga asal RM39+ tapi sebab ada diskaun 50% tinggallah RM19++. FS siap grab 2 set tau. Tapi actually menyesal beli saiz kecik sebab terhad sikit.
Tengoklah gambar hasil keterujaan kat bawah ni. Amatur, sila jangan kutuk. Hahaha
So untuk this Portable Mini Studio FS bagi ✋ ★★★★★.