Thursday, December 21, 2017

Tips Bertukar Skincare

Assalamualaikum,

Wah ramai rupanya berminat dengan tutorial buat sticker tu. InsyaAllah ada lagi ilmu yang boleh dikongsi lepas ni.

Okey, kali ni kita cerita pasal tips bertukar skincare pulak ya.

Pernah kan kita pakai skincare lepas tu rasa brand tu tidak serasi. Lepas tu pakai pulak brand lain, yang lama masuk dustbin.

Haa, sebelum bertukar skincare ada few things yang kita kena buat sebenarnya.

Jom baca bawah ni.

1)Rehatkan muka dalam 1 minggu sekurang-kurangnya.

Dalam tempoh ni just basuh muka dengan air bersih.

Jangan pakai makeup atau any skincare.

Tapi sekiranya skincare yang dipakai sebelum ni ada bahan kimia berbahaya, seeloknya ambil masa lama sikit rehatkan muka.

2)Atau boleh juga basuh muka dengan hampas teh hijau.

Paling senang lepas bancuh teh hijau untuk minum, guna la serbuk teh yang dalam beg tu. Lumur kat muka. Gosok perlahan & basuh.

Ingat yang awak gosok tu muka, bukan pinggan. Jadi urut perlahan ok. 😊

3)Patch test!

Haa yang ni penting. Jangan pulak nanti pakai skincare baru sekali terpaksa stop.

Patch test ni kita kena buat untuk test kesesuaian produk dengan kita. Boleh jadi kita allergic dengan 1 bahan dalam skincare tu.

Cara buat patch test:



Dinasihatkan untuk buat patch test malam sebelum tidur. So pagi esok bangun boleh tengok, ok atau tidak.

Bahagian yang buat patch test tu kena elakkan dari terkena air.

Okay, tiga rutin ni kena follow. Jangan jadi macam saya sebelum ni main taram lahaii.

Nasib baik join Mary Jardin, bertambah la ilmu. Ilmu pasal kulit, ilmu berniaga. Macam-macam lagi la. Untung. Hehe.

Setakat ni dulu perkongsian. Bye. 👋

27 comments:

  1. Saya bila nak tukar pencuci muka, biasakan akan stop basuh muka guna pencuci muke tu dalam 3 hari. Waktu tu memang agak tak selesa jugak lah sebab muka memang berminyak. Tapi lepas tiga hari, bila dah start guna pencuci muka baru, ok je. Tak ada gatal-gatal ke ape ke

    ReplyDelete
  2. Tips menarik ni sebab saya memang selalu bertukar-tukar pencuci muka nak tengok produk yang mana bersesuaian dengan kulit wajah kan. Susah kulit sensitif ni kena extra penjagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau sensitif kena lagi hati-hati.

      Delete
  3. Nasib baik kulit muka jenis ok je kalau pakai mana2 skincare pun. Memang ada orang yang sensitif kulit mukanya....

    ReplyDelete
  4. Good sharing info especially for those with sensitive skin condition. I used this technique not only for myself but my kids as well. It's better to be safe than sorry.

    ReplyDelete
  5. wow, tak tahu pun kena rehatkan kulit dulu sebelum mencuba produk skincare baru. saya main hentam je. suka try and error pada kulit sendiri. nasib baik kulit tak meragam. Patch test tu beli kat farmasi ke? harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak beli. Test tu guna produk yg kita nak pakai, calit sikit kat kulit. Then biarkan, seeloknya 72 jam sebab lain orang lain tempoh reaksi jadi.

      Delete
  6. baru tahu tentang patch test. ilmu baru ni. buat masa sekarang masih setia dengan satu jenis skincare ni sebab ngam dengan kulit muka

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. Patch test Sgt penting kepada sokmo, lagi lagi pun klau kulit sensitive. Hair care products pun gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. True sepatutnya semua pun kita kena test dulu

      Delete
  8. Patch test Sgt penting kepada sokmo, lagi lagi pun klau kulit sensitive. Hair care products pun gitu

    ReplyDelete
  9. Tips yang sangat penting . Tapi ramai yang tak amalkan bila nak tukar skincare baru

    ReplyDelete
  10. Tip yang ni bagus yang mana selalu tukar skincare.. Saya sendiri pun lama juga nak pulih mukka selepas pkai skincare tak sesuai tu jadi bila pergi spa ada tunjuk cara nak bagi muka ok selalu basuh dengan air sejuk try buat sokmo Kat muka baru ok..

    ReplyDelete
  11. Good tips. Ramai yang tak tahu tips ni.
    Tq for sharing.

    sisintan.blogspot.my

    ReplyDelete
  12. Wahhh terima kasih atas tips ni! Sekarang sy dah tak tukar produk dah sebab dah selesa. 😃

    ReplyDelete
  13. Patch test?? First time dengar. Tq for the tips dan info banyak
    Kita belajar dr artikel ni 🤗

    ReplyDelete
  14. Selalu memang main tukar je pakai skin care lain. Btw, memang tahu kena buat macam ni sebelum guna produk baru. Tapi tak boleh tahan nak tunggu seminggu. So, kalau tukar drastically memang akan naiklah jerawat dan seumpamanya. Tapi nasib baiklah kesan tu sekejap sahaja. Good info then. TQQQ!

    ReplyDelete
  15. 1st time dengar ni. bagus juga utk tips. akn figure out more about this. thanks much sis for the info

    ReplyDelete
  16. Bagus tips ni. Yg patch test tu 1st time dengar

    ReplyDelete
  17. baguslah tips ni boleh cuba lepas ni... selalu main taram berhenti dan guna jer yang baru.. bila tak serasi stop jer mcm membazir kadang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Lepas ni boleh elak pembaziran la

      Delete
  18. bagus tips ni..saya ni slaah seorang yang suka tkr skincare jugak ni

    ReplyDelete
  19. oo.. baru tahu cara nak tukar skincare.. ada cara rupanya.. thank you atas tips untuk patch test ni.. baru tahu

    ReplyDelete
  20. Selalunya I akan cari produk yang ada dermotologi test, tapi ni pun teknik yang betul nak cek kulit yang sensitif.. thanks for this info good sharing ! :)

    ReplyDelete