Wednesday, December 27, 2017

Jenama Tempatan? Kenapa tidak?

Assalamualaikum,

Baru tadi I terbaca artikel pasal 13 Sebab Kenapa Anda Perlu Sokong Jenama Tempatan

Dulu I pun semacam skeptik juga dengan jenama tempatan ni. Biasalah mindset kita jenama luar lagi elok, lagi berkualiti. Tapi zaman pun sudah berubah.

Jenama tempatan pun ada raving fans sendiri juga. Sekarang bukan setakat Apple new iPhone orang beratur panjang. Fareeda buat design baru pun orang berebut beratur, #ribag71 laris macam tu saja bila mula jual.

Lain lagi dengan Fashion Valet. Duck Scarves berebut peminat beli. FV sendiri ditubuhkan untuk mengumpul jenama-jenama tempatan di bawah payung FV. Dan lihat bagaimana FV hari ini?

Satu lagi yang berjaya mengubah persepsi I mengenai jenama tempatan ialah Mary Jardin sendiri. Sebab banyak sangat kes skin care timbang kilo, rebranding, dan macam-macam lagi kes menakutkan. So dulu I memang say no terus bila tengok produk penjagaan muka tempatan, no compromise.

Tapi setelah kaji, ambil masa untuk siasat betul-betul then baru berani pakai. Itupun masa mula-mula pakai I belum register jadi ejen. Lepas puas hati then baru la I join and start promote the goodness.

Essential Set Mary Jardin


Antara sebab I pilih Mary Jardin :
❤  Founder ialah seorang Doktor Perubatan
❤ Mary Jardin mempunyai kelulusan KKM
❤ Produk natural & organik

The ever popular Mary Jardin Face Oil


So you guys yang masih ada persepsi yang jenama tempatan ni low standard, nope itu salah.

Jenama tempatan? Kenapa tidak? 😉

20 comments:

  1. saya memang peminat Mary Jardin dia punya detox clay mask pakai sesudu kecil je dah boleh bersihkan I punya liang pori ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clay mask the best when it comes to deal cleanse 😀

      Delete
    2. Clay mask the best when it comes to deal cleanse 😀

      Delete
  2. saya tak ada masalah dengan produk tempatan sebab tipulah kalau tak ada satu pun yang berkesan dan dipercayai. Apa yang penting kena bijak memilih dan yakin. Lagipun, menyokong bisnes tempatan kan bagus untuk negara termasuklah kita secara keseluruhan. :D

    ReplyDelete
  3. I support the local brands as well, they are as good as the commercial ones sometimes even better!

    ReplyDelete
  4. Kak artikel pendeknya, mana gambar kakkkkkk. Mary Jardin tu apo? Camana produknya? Ruby kalau produk tempatan bukan takmo support tapi kena reseach skit pasal produk tu. Jual kat toko jamu dan di luar dari farmasi memang bahaya sangat! Takut jadi apa-apa. Kadang ada tiruan. Tapi sekarang KKM dan Halal paling ketat. Kalau ada kkm dan halal cert, insyaAllah ruby cuba.

    ReplyDelete
  5. Duck product I like. Vivy Yusof. Sebenarnya saya suka fashion Vivy. Itu jer. Haha.

    ReplyDelete
  6. Maru jardin memang bagus. If I have to choose other than Shaklee product, i would choose mary kay or mary jardin for cosmetics 😊

    ReplyDelete
  7. semua saya suka kalau yang tradisonal lagi saya suka. sekalu shoot dulu jenama anak2 muda yang nak jinak2 dengan product sendiri

    ReplyDelete
  8. Jenama tempatan mmg support tapi tgok jugak produk apa. Kalau muka tu mmg kena tahu serba serbi sb takut jugak produk sama tapi jenama je lain2

    ReplyDelete
  9. Produk tempatan pun apa kurangnya sekarang. Dah setanding dengan produk antarabangsa. Tak salah kita support dan beli produk keluaran tempatan.

    ReplyDelete
  10. I support je local brand but sometimes, the price is even expensive than international brand. Lagi2 jenis yg mmg dh ada fan base yg kuat, lagi mencanak harga dia.

    ReplyDelete
  11. kebanyakan barangan yang saya guna adalah jenama tempatan. banyak je yang berkualiti, setanding produk antarabangsa

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. Saya tak ada masalah dengan produk tempatan, ada kelulusan KKM saya guna... Tak ada kelulusan takut effek pada muka saya tak nak pakai

    ReplyDelete
  13. saya pun suka guna barangan tempatan.harga lebih murah dan kualiti setanding antarabangsa

    ReplyDelete
  14. produk local pun bagus. boleh gunakan dalam jangka masa panjang dengan selamat.. tak kisah lah dari segi harga. Janji ia produk berkualiti setanding hatga

    ReplyDelete
  15. betul. produk local pun ok apa. akak support je selagi sesuai dengan keperluan kita rakyat malaysia. yg penting mesti lulus kkm.

    ReplyDelete
  16. oh ingatkan brand luar sebab nama brand tu bunyi macam brand luar, baru tahu ni hihihi. brand local pun ada juga yang bagus, mary jardin ni tak pernah lagi try, face oil tu macam minyak argan ke apa?

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Face oil tu gabungan 7 jenis minyak yang bagus untuk kulit. Argan oil salah satu minyak. Yang lain ada lavender oil, jojoba oil, tea tree oil. Hehe

      Delete
  17. oo.. founder Produk Mary Jardin ni ialah seorang doktor.. baguslah kalau macam tu.. tak la orang ragu-ragu nak beli dan pakai.. ada kkm lak tu kan..

    ReplyDelete