Thursday, November 9, 2017

TUBE, your first step to be an entrepreneur

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah tergerak pun jari untuk menaip entry kali ni. I know some of my friends are so eager to know about this. Cuma banyak sangat urusan. Ok cukup, jangan bazir masa dengan basa basi lagi. Oh btw penulisan ni berdasarkan my experience la ya.

TUBE stands for Tunas Usahawan Belia Bumiputra dan program ni khas untuk bumi yang berumur 18-30 tahun. Sebelumnya setiap negeri cuma ada 50 orang peserta. Tapi tahun ni jumlah peserta bagi setiap negeri ialah 100 orang. Don't ask me why kuota bertambah. So  start from this year TUBE bukan sekadar TUBE lagi tapi ditukar kepada TUBE MEGA. Yeah!

Now kita cerita apa yang perlu anda lakukan untuk menempatkan diri dalam program ni and melayakkan diri untuk dapat geran/dana perniagaan sebanyak RM15k. This is the most exciting part la kan.

First, around bulan Mei kalau tidak silap saya isi online application. Thanks to my sis sebab I never knew about TUBE ni walaupun ini tahun ke-4 penganjuran. So, just cuba nasib dan isi. And alhamdulillah berjaya. Okay, waktu isi ni buatlah betul-betul sebab ini first step kamu. Kalau kandas dekat sini then the rest just byebye la kan.

Then, awal bulan Ogos I got a phone call bagitau yang saya layak untuk ditemuduga. Saya confirmkan kehadiran dan pada 18/8 kami ditemuduga di Kompleks Belia & Sukan. Tips untuk IV ni make sure untuk yakinkan panel kenapa kamu perlu 15k grant for your business dan idea mestilah relevan. Pilih business yang sustainable dan berpotensi untuk bertahan lama dalam industri. And just like other interview, be confident. 💪💪💪

Lepas interview? Alhamdulillah. Jadi sekarang adalah masa untuk Fasa 1 & 2. Fasa 1 ialah bootcamp di mana korang akan buat aktiviti fizikal eg. kawad kaki, explorace, aktiviti berkumpulan, flying fox, etc for 1 week. Fasa 1 ni akan dihandle oleh pihak PLKN insyaAllah. Seronok-seronok la masa ni sebelum jumpa Fasa 2. Haha. Ok Fasa 2 ni all about belajar pasal bisnes, mana yang ada pengalaman tu untuk top up lagi ilmu. Basically bengkel asas perniagaan. Mana yang baru terjun bidang perniagaan nganga juga la tapi ambil peluang untuk timba sebanyak mana ilmu. Actually saya secara jujurnya langsung tiada idea pasal Rancangan Perniagaan (RP), business model canvas (BMC) semua bagai tu. Aliran tunai, kunci kira-kira semua tu apatah lagi. Dan hadap la slides, laptop semua tu selama 2 minggu. Sepanjang Fasa 2 ni juga korang kena siapkan Rancangan Perniagaan untuk di submit pada hujung Fasa 2. And akan ada juga pitching pasal idea business korang.

Next, move to Fasa 3 with your buddy di mana anda akan mulakan perniagaan anda dan dibimbing oleh buddy which is pegawai from SME Corp.. Roughly itulah serba sedikit pengalaman dari TUBE ni. Banyak lagi details yang saya tidak ceritakan. Korang masuk and experience sendiri la nanti baru ada excitement tu. Tapi make sure korang dapat masuk la dulu heh.

Akhir kata, Belia Hari Ini, Usahawan Hari Esok!

No comments:

Post a Comment